Pages

Tuesday 8 January 2013

HAKIKAT MURAQABAH

 Assalamualaikum semua,Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberikan kita nikmat iman dan Islam moga2 kita dapat manfaatkannya dengan sebaik2nya dalam menegakkan syariat Allah Taala..

   APA ITU HAKIKAT MURAQABAH ?

 Muraqabah (meneliti diri ) itu bermaksud menjaga kesopanan diri terhadap Allah Yang Maha Peneliti dan Maha Pengawas   &  menyerahkan  segala  maksudnya dan tujuannya  kepada  Allah  Taala  saja..

     Orang yang meneliti dirinya dalam amalannya ada dua cara  yakni:

1)Meneliti Amalan sebelum dimulakan ..

->Maksudnya,kita haruslah menumpukan perhatian dan gerak -gerinya terhadap sesuatu amalan,adakah ianya ditujukan  kerana Allah Taala semata2   atau  dicampuri  kerana mengikut kemahuan nafsu atau  syaitan??

->sebaik2nya kita berfikir sejenak untuk menetapkan hati agar  ianya berada di atas kebenaran ,kalau dah jelas ianya kerana Allah Taala ,maka teruskanlah amalan tersebut...TAPI ,kalau amalan tersebut  adalah sebaliknya,maka kita harus malu dengan Allah Taala dan segera berenti melakukannya sebab ianya merupakan musuh bagi kita  kerana membawa bahaya...


2)MENELITI AMALAN KETIKA MELAKSANAKANNYA

->Jika amalan  tersebut  merupakan ketaatan ,maka jalankanlah dengan penuh ikhlas dan  telus  dan menjaga  adabya  agar  tidak  rosak..

->JikA  amalan  tersebut  berupa maksiat,maka  ,maka telitilah ianya dengan taubat  disertai  dengan  perasaan  kesal  dan  malu  serta kesyughulan  memikirkan  dosa  tersebut  .

->JikA amalan  tersebut  berupa perkara mubah ,yakni harus  dalam  agama,,maka  jagalah  tata  tertib  dalam  melakukannya  ..

Wallahua'lam  ,moga2 kita dapat  muhasabah  diri  kita    dalam  melakukan  amalan  kepada  Allah Taala  kerana   setiap  amalan haruslah dilihat  niatnya supaya   amalan yang  baik  tidak  rosak  akibat niat yg  tidak  betul...

SUmBeR:BImBinGan MUkmin

Wednesday 2 January 2013

WASIAT LUQMAN AL_HAKIM










1. JANGAN MENYEKUTUKAN ALLAH



MENYEKUTUKAN ALLAH MERUPAKAN DOSA PALING BESAR YANG TIDA AKAN MENDAPAT KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT. KITA HENDAKLAH MELETAKKAN PERGANTUNGAN HANYA PADA ALLAH SWT SAHAJA KERANA DIALAH YANG MAHA BERKUASA KE ATAS SEGALA SESUATU DI DUNIA DAN AKHIRAT.




2.BERBUAT BAIK TERHADAP IBU BAPA



PENGORBANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK TERLALU BANYAK.OLEH ITU SEBAGAI ANAK,HENDAKLAH BERUSAHA MENJADI ANAK YANG DISENANGI DAN SENTIASA MENDOAKAN MEREKA:"WAHAI TUHANKU KASIHANILAH KEDUA IBU BAPAKU SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANIKU SEMASA KECIL




3.SEDAR AKAN PENGAWASAN ALLAH



ALLAH NAMPAK SETIAP PERKARA YANG BERLAKU WALAU SEKECIL ATAU SEHALUS MANA SEKALIPUN.INGATLAH BAHAWA SETIAP PERBUATAN AKAN DIDEDAHKAN DI AKHIRAT KELAK.ALLAH MENGETAHUI SEGALA-GALANYA KERANA TIDAK ADA AMAL PERBUATAN MANUSIA YANG TERLEPAS DARIPADA PENGAWASAN ALLA



4.MENDIRIKAN SOLAT



SETIAP MUKALAF WAJIB MENDIRIKAN SOLAT DENGAN SEMPURNA YAKNI DENGAN KHUSYUK KERANA IA DAPAT MENCEGAH SESEORANG ITU DARIPADA MELAKUKAN KEMUNGKARAN. INILAH GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERUNTUNG

DAN BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.



5.MENYERU BERBUAT KEBAIKAN



TIDAK ADA YANG LEBIH MULIA SELAIN MENGAJAK MANUSIA KEPADA KEBAIKAN. JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH UNTUK BERBUAT KEBAIKAN. DENGAN INI, SEPANJANG HAYAT KITA AKAN TERISI DENGAN KEBAIKAN SEMATA-MATA.




6.MENCEGAH KEMUNGKARAN



KITA HENDAKLAH BERANI MENVEGAH KEMUNGKARAN.ORANG YANG TIDAK MENCEGAH KEMUNGKARAN MERUPAKAN ORANG YANG TIDAK ADA HARGA DIRI DAN AKAN MENDAPAT KUTUKAN DARIPADA ALLAH LANTARAN SIKAP MEREKA ITU





7.SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP



KITA WAJIB BERSABAR TERHADAP HAL-HAL YANG MENIMPA KITA. ITU ADALAH TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMPUNYAI KEIMANAN YANG KUAT. KUNCI KEMENANGAN TERHADAP SEGALA TENTANGAN ATAU RINTANGAN ADALAH SABAR.




8.TIDAK BERLAGAK SOMBONG



SIFAT SOMBONG HANYA LAYAK BAGI ALLAH TAPI TIDAK PADA MANUSIA. OLEH ITU ALLAH AMAT MURKA PADA ORANG YANG MENYOMBONG DIRI. SESEORANG YANG SOMBONG AKAN HILANG HARGA DIRINYA DAN RENDAH MARTABATNYA






9.INGATLAH BAHAWA MANUSIA ITU AKAN MATI.



ORANG YANG CERDIK SENTIASA INGAT AKAN MATI DAN BERSEDIA UNTUKNYA. KITA HENDAKLAH SENTIASA MENGHISAB DIRI DAN BERSEGERA BERTAUBAT APABILA MELAKUKAN DOSA KERANA MATI ITU AKAN DATANG


BILA- BILA MASA SAJA




10. RENDAHKANLAH SUARAMU.



APABILA BERBICARA, JANGANLAH MENINGGIKAN SUARA. JANGAN SAMPAI ADA ORANG YANG MERASA TERGANGGU DENGAN SUARA KITA. BERBICARALAH DENGAN SUARA YANG SEDAP DIDENGAR DAN DENGAN SUASANA YANG TENANG.

Monday 17 December 2012

AQIDAH

1)PENGENALAN TENTANG  AHLI SUNNAH WAL JEMAAH

       Salam semua,hari ni ana nak kongsikan sedikit sebanyak tentang soalan yang pernah ana baca dalm buku "Persoalan Islam Yang kontemporari"karangan dr.Danial  berkenaan dgan ahli sunnah wal jemmah ..benarkah Abu Hassan Al -Asy'ari dan Abu Mansur Al-maturidi adalah pengasa s Ahli sunnah wal jemaah  kerana jika mereka mereka pengasasnya,bagaimana kedudukan iktikad orang 2 terdahulu sebelum mereka kerana mereka (kedua2 imam) ni dilahirkan pd abad ke 3 hijrah...


       Sebenarnya ,kalimat ahli sunnah diambil daripada hadis yang bermaksud"Kamu perlu berpegang kpd sunnahku dan sunnah khulafa' ar-rasyidin  yang berada di atas petunjuk" hadis ni  bertaraf hasan sahih dan direkodkan oleh Abu Daud dan At-Tirmizi.Kata As-Siba'ii."As-sunnah bermaksud rekodyang datang daripada nabi sama ada berbentuk perkataan,perbuatan,pengakuan ,kejadian,akhlak,ataupun sirah yang berlaku sebelum atau selepas nabi diangkat menjadi rasul"..antum bleh rujuk dalam Sunnah Wamakanatuha Fit Tasyri' Al-Islam....Al-jemaah ,ia adalah golongan yang berada di atas landasan kebenaran ....

          Abu Hassan Al-Asy'ari dilahirkan di bandar Basrah ..Beliau pada asalnya adalah penganut aliran mu'tazilah yang menjadi ank murid kpdAbu Ali Al-Jubai(tokoh mu'tazilah pd masa tu)...Beliau kemudiannya berperanan membetulkan i'tikad masyarakat yg dibawa oleh beberapa golongan seperti Mu'tazilah,qadariah,jabariyah n mujassimah ..

1)Mu'tazilah mengatakan Tuhan itu x mempunyai sifat & Al-Quran tu makhluk.

2)Qadariyah mngatakan perbuatan manusia itudilakukan oleh manusia sendiri,tanpa ada sangkut paut dgn Tuhan n Tuhan pon tak tau apa yg akan dibuat oleh manusia..

3)Jabariyah mengatakan semua yang terjadi adalah daripada Tuhan ,manusia x ada daya,usaha n ikhtiar..

4)Mujassimah menyerupakan Tuhan dengan makhluk n perkara yg seumpama dengannya..


              Begitu juga dengan Abu Mansur Al-Maturidi ,beliau lahir di kampung Maturid di samarqand..Perjuangan mereka berdua hampir sama,mereka begitu gigih dalam mempertahankan i'tikad ahli sunnah wal jemaah..Imam Al-Ghazali  berkata"apabila disebut golongan ahli sunnah wal jemaah,maksudnya ialah golongan yang mengikut mengikut landasan kefahaman yang dibawa oleh Abu Hassan Al-asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi"...

         Apa2 pon,berpeganglah dengan Ahli Sunnah Wal Jemaah ,kerana kita sudah berada dlm iktikad yang betul ....hiraukanlah mazhab 2 lain seperti,syiah terutamanya kerana kalu kita lihat kesesatannya amatlah nyata  .kalu nak hurai kat sini agak panjang tp Insha Allah kalau berkesempatan ana akan ceritakan .ustaz ana pernah kata kat ana,"sebab apa kita nak keluaq dari pegangan ahli sunnah wal jemaah ..kalau kita nak keluaq  jugak bagi sebab yang kukuh untuk kita nak keluaq"maksud yang ana faham melalui kalam ustaz ana ialah, kita sudah berpegang kpd I'tikad yang benar dah,so tak payah nak pening2  untuk cari satu i'tikad lain untuk kita pegang ...






Sunday 16 December 2012





wasiat Imam Syafie



Hak Kepada Diri

Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.





2. Hak Kepada Malaikat Maut

Mengqada' kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah





3. Hak Kepada Kubur

Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan sembahyang Tahajud, dan membantu orang yang dizalimi





4. Hak Kepada Munkar Dan Nankir

Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati





5. Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Akhirat)

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan





6. Hak Kepada Sirat (Titian yang merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)

Membuag tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah





7. Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)

Menangis lantaran takutkan Allah S.W.T., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak





8. Hak Kepada Ridhwan (Penjaga Syurga)

Merasa redha dengan qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur di atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat





9. Hak Kepada Nabi Muhammad S.A.W

Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah





10. Hak Kepada Allah S.W.T

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

KISAH IMAM JUNAID &RABIATUL ADAWIYYAH



Yang dimuliakan Ustaz Zainul Asri pernah menceritakan dua kisah smasamembicarakan tentang buku 50 Akhlak Salafunassoleh yg Insya Allah bleh kita jadikan iktibar,kata Ustaz Zainul Asri :"suatu hari ,Rabiatul Adawiyyah keluar dari rmahnya ,ketika dalam perjalanan ,dia melihat ada orang sedang bakar ayam..Rabiatul pn berhenti seketika ..Akhirnya ,Rabiatul Adawiyyah menangis ..maka org yg memb


akar ayam pn bertanya knapa menangis,maka Rabiatul Adawiyyah menjawab..ayam ni dibakar pd ketika mereka telah mati ,ttapi sedangkan manusia di akhirat nanti dmasukkan ke dalam neraka pd ketika mereka masih hidup....




satu lagi kisah ialah tentang Imam Junaid kalu x clap,iaitu ktika beliau keluar,salji sdang turun...apbila beliau x mampu dh nak berjalan maka beliau berhenti duduk sambil melihat salji turun..akhirnya beliau menangis sampai ke pagi..apabila orang tanya kenapa Imam Junaid mnangis??maka Imam Junaid menjawab"aku teringat macam ni lah bentuknya berterbangan buku amalan pd hari akhirat esok"..itulah golongan yg mengambil iktibar ..smua diambil iktibar..apabila jalan ja selangkah ambil iktibar..."




kesimpulan daripad kata2 ustaz td dpat kita faham bahawa setiap benda yg berlaku di dunia ni ad iktibarnya,sperti yg berlaku kpd Rabiatul Adawiyyah dan Imam Junaid,scara x langsung kita bleh muhasabah diri kita ke arah mendekatkan diri kepada Allah Taala sbb kita(hamba Allah)xkan pernah lari drpd membuat dosa...mungkin dgn sbb kita menangis kat dunia kerana takutkan Allah mampu memadamkan Api neraka yg hampir membakar kita ats dosa yg kita lakukan..Insya Allah ,stiap usaha kita untuk mencari redhaNya akan mendapat ganjaran daripada Allah Taala..Ihfadzillah Yahfadzka....^_^

Saturday 15 December 2012

HIMPUNAN QASIDAH

1)wahai purnama



  1. 2)SOLATUN BISSALAMILMUBIN

FIQH IBADAH

1)solat jemaah



-Mengikut pandangan mazhab Syafie,hukum solat jemmah adalah Fardhu kifayah bagi semua kaum adam yg mampu,yakni bermaksud apabila sekumpulan org melakukannya , maka gugurlah kewajipan tersebut..Sabda Rasulullah S.A.W mafhumnya
"Tidak ada tiga orang lelaki dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan solat berjemaah melainkan mereka mudah dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara')oleh itu hendaklah engkau menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah engkau akan terselamat darripada bahaya syaitan)"Riwayat Ahmad


-Kalau kita lihat pada pendapat mazhab Maliki Dan Hanafi pula ,mereka mengatakan hukumya adalah sunat muakkad kerana terdapat hadis yg mengatakan solat berjemaah adalah sunnatul huda(sunnah petunjuk)..“Dari Ibnu Mas’ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)


-yang akhir sekali ialah pendapat dalam mazhab hambali hukumnya adalah fardhu ain berdasarkan salah satu daripada hadis Rasulullah mafhumnya
"Seberat-berat sembahyang atas para muniafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)...


Ini adalah sedikit pengetahuan mengenai pandangan 4 mazhab mengenai solat berjemaah yg kalu kita lihat sangat penting dan amat dititik beratkan oleh Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam..moga2 kita dapat melaksanakannya walaupun satu waktu dalam satu hari moga2 kita dapat beristiqamah melakukannya... :D





2)pandangan tentang masalah bersentuhan antara lelaki dan perempuan
-Dalam masalah bersentuhan antara lelaki dan perempuan ,terdapat khilaf ulama' yg berlaku diantara mazhab syafie,mazhab hanafi n mazhab hanbali...

-Menurut pendapat imam syafie,bersentuhan antara lelaki tanpa beralas dan walaupun tanpa nafsu syahwat terbatallah wudhu'..

-pandangan imam abu hanifah pula,bersentuhan antara lelaki dan perempuan semata2 ,tidaklah membatalkan wudhu kecuali jika melibatkan alat kemaluan yakni zakar dan faraj(persetubuhan)...

_akhir sekali,bagi pendapat imam malik n imam ahmad bin hanbal,bersentuhan antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu' kecuali apbila naiknya nafsu syahwat dengan erti kata lain terangsang ...

->Sebab berlakunya perselisihan pendapat antara mereka adalah berlakunya perbezaan dalam menafsirkan ayat Al-Quran yakni"Au laamastumunnisaa'"(atau kamu bersentuhan dengan permpuan)..

1)menurut mazhab Syafie ,ianya bermaksud bersentuhan secara mutlak..

2)menurut pendapat imam Malik dan imam Ahmad bin Hanbal pula,mereka mentafsirkannya dengan sentuhan yang disertai syahwat..

3)menurut tafsiran Imam Abu Hanifah,beliau mentafsirkan ayat ini mengikut pendapat Ibnu Abbas ya'ni maksud ayat terbut ialah jima'(persetubuhan)..

Kesimpulannya ,banyak khilaf yg berlaku dan kita tidak berhak nak kata yg ni betul ,yang ni tak betul kerana mereka sendiri mempunyai hujah n dalil yang kuat kenapa mereka mengatakan ini dan itu..."khilah di kalangan umatku adalah rahmat"...wallahua'lam :D











3)Perkara2 yang boleh merosakkan ibadat



Berhati-hatilah,.. Setiap perkara itu ada penyakitnya,.. begitu juga dengan ibadah,.. antara perkara yang merosakkan ibadah :

MURTAD
 iaitu keluar daripada agama Islam,..
SYIRIK  iaitu perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan atau iktiqad,.. Syirik terbahagi kepada 2 iaitu syirik jali (syirik jelas dan nyata) dan syirik khafi (syirik yang tersembunyi),..

MUNAFIQ iaitu mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya,..
TAKBURr iaitu membesarkan diri seperti sombong dan angkuh dengan segala nikmat kurniaan Allah s.w.t. dan segala kebaikan yang dimiliki,..
RIAKialah menunjuk-nunjuk amalan atau menunjukkan kelebihan diri sendiri kepada orang lain untuk mendapat perhatian, sanjungan, kedudukan, dan pujian,..
UJUB iaitu bangga diri atau kagum dengan amalan dan kelebihan sendiri, sombong dalam beribadah, dan memperlekehkan amalan orang lain,..

SUM;AH iaitu menceritakan atau melakukan sesuatu untuk diperdengarkan kepada orang lain untuk mendapatkan perhatian, sanjungan, kedudukan, dan pujian,..
Mengungkit-ungkit iaitu membangkitkan kenangan peristiwa dan perbuatan baik yang lalu yang telah diberikan supaya jasanya diingati,..

HASAD DENGKIi iaitu iri hati dengan nikmat yang diperolehi orang lain dan berusaha agar nikmat dan kelebihan itu hilang daripada orang yang mempunyainya dengan cara yang salah,..












Monday 10 December 2012

Tasawwuf

PENGENALAN TENTANG ILMU TASAWWUF


Ilmu tasawwuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:

a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .

4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :


1) Taubat .

2) Khauf ( Takut )

3) Zuhud

4) Sabar.

5) Syukur.

6) Ikhlas.

7) Tawakkal.

8) Mahabbah ( Kasih Sayang )

9) Redha.

10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :


1) Banyak Makan

2) Banyak bercakap.

3) Marah.

4) Hasad.

5) Bakhil.

6) Cintakan kemegahan.

7) Cintakan dunia .

8) Bangga Diri.

9) Ujub ( Hairan Diri ).

10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).

Sirah Nabawiyyah



kisah nabi khidir Alaihissalam dengan Nabi Musa Alahissalam


Pada suatu hari Nabi Musa a.s mengumpulkan para pengikutnya beliau memberikan nasehat agar para pengikutnya selalu beriman kepada Allah dan beriman pada hari akhir serta hal-hal yang gaib.

“Wahai kaumku adakah orang yang paling mengetahui hal-hal yang gahib?” tanya Nabi Musa pada suatu kesempatan.

“tidak ada satupun di antara kami yang mengetahui hal tersebut, wahai Musa” kata salah satu pengikutnya.

“ketahuilah bahwa aku adalah manusia yang paling mengetahui hal-hal yang ghaib” kata Nabi Musa. Mendengar perkataan Nabi Musa, kaumnya hanya mengangguk-angguk saja.

Setelah kejadian itu, Nabi Musa ditegur oleh Allah swt, “Wahai Musa! Engkau tidak berhak berkata demikian. Ketahuilah, hai Musa ada hamba-ku yang paling mengetahui hal ghaib”

“siapakah hamba-mu itu, ya Allah?” tanya Nabi Musa penasaran.

“Jika engkau akan menemui hamba-ku, maka berjalanlah engkau. Jika sudah berada diantara pertemuan dua buah lautan maka berhentilah. Dia bernama Khidir” perintah Allah.

Nabi Musa kemudian pergi bersama sahabatnya yang bernama Yusya bin Nun dengan membawa ikan yang diletakkan di dalam keranjang sebagai perbekalan.

Keduanya pergi dengan berjalan kaki. Sesampainya di sebuah batu yang ada di pinggir pantai, mereka berhenti.

“Wahai sahabatku, sebaiknya kita berhenti sejenak untuk menghilangkan rasa lelah kita” kata Nabi Musa.

Ketika mereka beristirahat tanpa disadari ikan yang ada di dalam keranjang melompat dan jatuh kedalam laut, ikan itu masuk kedalam sebuah lengkungan yang sebelumnya sudah Allah sediakan, Yusya sangat terkejut melihat kejadian itu.

“masya Allah, apa yang telah terjadi dengan ikan yang kita bawa. Mengapa ikan itu dapat hidup kembali dan melompat ke arah laut?” tanya sahabat Nabi Musa dalam hatinya.

Setelah itu, Nabi Musa dan sahabatnya kemudian melanjutkan perjalanannya yang jauh, ketika mereka merasa lelah kembali dalam perjalanan, akhirnya mereka beristirahat sejenak.

Nabi Musa berkata kepada sahabatnya, “sahabatku sebaiknya kita beristirahat sejenak. Tolong keluarkan ikan yang kita bawa tadi”

Sahabat Nabi Musa beru teringat akan kejadian yang sebelumnya terjadi dan berkata “mohon maaf wahai Nabi Musa aku lupa memberitahukan bahwa ketika kita berhenti disebuah batu yang ada dipinggir laut, ternyata ikan itu melompat ke arah laut dengan cara yang aneh”

Nabi Musa pun berkata “Wahai sahabatku, itulah tempat yang kita cari selama ini! kalau begitu segera kita menuju kesana!”

Kemudian mereka berputar kembali ke arah yang sebelumnya. Sesampainya mereka di tempat yang dituju, yaitu pertemuan dua lautan, Nabi Musa melihat seseorang yang sedang duduk berselimutkan pakaian yang rapat.

Nabi Musa pun mengucapkan salam kepada orang yang sedang duduk tadi “assalamualaikum aku Musa. Apakah engkau yang bernama Khidir?” tanya Nabi Musa.

“waalaikumussalam, betul aku Khidir” jawab Nabi Khidir. “apakah betul engkau Musa dari Bani Israil?” tanya Khidir lagi.

“betul, ya Khidir” jawab Nabi Musa. “Wahai saudaraku Khidir, bolehkah aku mengikutimu untuk belajar ilmu yang engkau miliki?” pinta Nabi Musa.

“Wahai saudaraku Musa, ketahuilah sesungguhnya engkau, memiliki ilmu yang Allah ajarkan kepadamu yang aku tidak dapat mengetahuinya” jawab Nabi Khidir.

“Musa, sekali-kali Engkau tidak akan sabar bersama dengan diriku nanti” tambah Nabi Khidir.

“tolonglah wahai Khidir aku ingin sekali mengetahui ilmumu” pinta Nabi Musa.

“baiklah, jika Engkau ingin berilmu denganku, Engkau jangan sekali-kali bertanya dan menggugat apa yang aku lakukan” pinta Khidir.

“baik, aku akan melakukan apa yang kamu pinta” jawab Nabi Musa

Musa pun menyetujui permintaan Nabi Khidir. Nabi Musa dan Khidir kemudian berjalan sampai ke sebuah tepian pantai. Disana banyak terlihat perahu-perahu yang sedang bersandar. Mereka meminta kepada salah satu pemilik perahu untuk mengantarkan mereka ke seberang lautan.

“Wahai saudaraku, maukah engkau mengantarkan kami berdua ke seberang lautan?” pinta Khidir.

Karena pemilik perahu sangat mengenal Nabi Khidir, pemilik perahu pun mengizinkan keduanya naik ke perahu dan mengantarkan mereka ke seberang lautan.

Kemudian datanglah seekor burung dan hinggap diatas layar perahu. Dilihatnya burung itu menukik kearah laut beberapa kali. Tiba-tiba Nabi Khidir berkata kepada Nabi Musa “Wahai Musa ilmu yang kita miliki tidak sebanding dengan ilmu Allah, ilmu kita hanyalah seperti lubang yang dibuat burung itu di laut”

Lalu Nabi Khidir bersandar ke dinding perahu dan langsung membocorkan perahu itu.

Alangkah kagetnya Nabi Musa melihat apa yang telah dilakuakn Nabi Khidir

“Wahai, Khidir! Apa yang telah engkau lakukan? Engkau telah merusak perahu milik orang yang telah memberikan kita tumpangan gratis. Bukankah perbuatanmu itu dapat merugikan si pemilik perahu? Kata Nabi Musa penasaran.

“Hai Musa, Engkau tidak boleh menanyakan apa yang telah aku lakukan. Kalau engkau ingin mengetahui ilmuku hendaknya diam” pinta Nabi Khidir

“maaf wahai saudaraku, aku khilaf dan lupa persetujuan kita. Mohon Engkau tidak menghukumku karena kekhilafanku” jawab Nabi Musa

Nabi Musa pun kemudian terdiam.

Akhirya mereka berdua pun sampai diseberang lautan dan melanjutkan lagi perjalanannya.

Di tengah perjalanan mereka bertemu dengan seorang pemuda yang gagah dan tampan wajahnya. Tiba-tiba Nabi Khidir menghampiri pemuda tersebut dan langsung membunuhnya. Alangkah kagetnya Nabi Musa melihat kejadian tersebut. Musa pun berkata, “Hai saudaraku Khidir, mengapa engkau membunuh pemuda yang tidak bersalah dan berdosa itu?”

Mendengar perkataan Nabi Musa, Nabi Khidir pun berkata “Hai Musa, kalau engkau bertanya lagi apa yang telah aku lakukan, maka Engkau harus meninggalkan diriku”

Nabi Musa pun hanya terdiam melihat kejadian itu. Kemudian mereka berdua melanjutkan perjalanan kembali. Setelah menempuh perjalanan yang cukup jauh, sampailah mereka berdua di sebuah desa yang penduduknya terkenal kikir. Nabi Khidir memutuskan untuk beristirahat di desa tersebut. Karena mereka lapar. Nabi Khidir bermaksud meminta sedikit makanan dari penduduk desa tersebut. Satu persatu penduduk rumah mereka kunjungi.

“assalamualaikum, bolehkan kami meminta sedikit makanan untuk mengganjal perut kami yang kosong?” pinta Nabi Khidir

Namun, bukan makanan yang mereka dapatkan melainkan makian dan cacian.

“enak saja, kamu meminta-minta. Tak sudi aku membagi makanan pada kalian” hardik penduduk desa.

Nabi Musa dan Nabi Khidir hanya tersenyum saja menanggapi cacian penduduk desa. Karena tidak dapat pertolongan, mereka memutuskan meninggalkan desa tersebut. Ketika mereka sampai di perbatasan desa, Nabi Khidir melihat sebuah rumah yang hampir roboh. Saat itu juga Nabi Khidir memperbaiki rumah itu. Dalam waktu singkat, rumah itu kembali berdiri kokoh. Melihat itu Nabi Musa merasa heran dan berkata “Wahai Nabi Khidir, apa yang telah engkau lakukan? Bukankah penduduk desa ini terlah menghina dan mengusir kita? Bahkan kita tidak diberikan makanan sedikitpun. Mengapa engkau memperbaiki rumah penduduk itu dengan tidak meminta upah dari mereka?”

Nabi Khidir hanya tersenyum dan berkata dengan lembut kepada Nabi Musa “Wahai Musa, ternnyata Engkau tidak sabar dengan apa yang aku lakukan! Kalau begitu, wahai Musa cukup Engkau bersamaku sampai disini”

“baiklah, hai Musa akan aku jelaskan mengapa aku melakuakn tiga hal yang kamu anggap aneh” kata Nabi Khidir lagi

“tolong jelaskan apa yang telah engkau lakukan agar aku paham” sambung Nabi Musa

“pertama, ketika aku membocorkan perahu. Ketahuilah bahwa sang pemilik perahu adalah nelayan yang sangat miskin dan hanya hidup dari perahu tersebut. Tak lama setelah kita meninggalkan tempat itu datang gerombolan perampok yang membawa pergi perahu-perahu milik nelayan. Semua perahu yang bagus-bagus dirampas oleh para perampok, yang tersisa hanyalah perahu si nelayan miskin yang sebelumnya telah aku bocori” kata Nabi Khidir

“kedua, ketika aku membunuh seorang pemuda. Ketahuilah bahwa pemuda itu seorang penyembah berhala. Pemuda itu hendak pulang kerumah orang tuanya untuk mengajak mereka menyembah berhala. Sementara kedua orang tuanya sejak lama beriman kepada Allah. Aku khawatir orang tuanya yang sangat sayang kepada anak itu akan menuruti perintahnya untuk menyembah berhala. Lebih baik aku bunuh saja agar orang tuanya tetap beriman kepada Allah. Dan aku berharap Allah mengganti keturunan orang tua itu dengan seorang anak yang lebih baik” jelas Nabi Khidir.

“ketiga, ketika aku memperbaiki rumah yang hampir roboh.sesungguhnya yang memiliki rumah tersebut adalah anak yang kedua orang tuanya telah meninggal. Didalamnya terdapat harta orang tua sang anak yatim. Aku khawator jika roboh, banyak penduduk desa yang akan merampas harta milik anak yatim tersebut. Begitulah hai Musa penjelasanku, ketahuilah bahwa apa yang telah aku lakukan merupakan petunjuk dan rahmat dari Allah” tutur Nabi Khidir menjelaskan kembali.

“baiklah wahai Musa kita berpisah sampai disini, karena ilmu yang aku miliki dan yang engkau miliki sangatlah berbeza” tutur Nabi Khidir.

Setelah itu, Nabi Musa dan Nabi Khidir berpisah dan tidak bertemu kembali..






SLOT MUHASABAH



Malulah wahai da'i,




kata mata sering membaca quran,




tapi mengapa masih mata kau gunakan,




melihat wayang yang merosakkan,




membaca komik yang melalaikan?










Malulah wahai da'i,




kata telinga sering mendengar peringatan,




tapi mengapa masih telinga kau gunakan,




mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,




mendengar bersama fitnah dan umpatan?










Malulah wahai da'i,




kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,




tapi mengapa masih kaki kau gunakan,




menuju tempat yang jelas melalaikan,




bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?










Malulah wahai da'i,




kata tangan sering menulis kebaikan,




tapi mengapa masih tangan kau gunakan,




menekan capaian (link) yang merosakkan,




menaip di ruang sembang tiada batasan?










Malulah wahai da'i




kata hati ingin kau bersihkan,




tapi mengapa masih hati kau gunakan,




mengiyakan segala dosa kemaksiatan,




menyokong hasutan nafsu dan syaitan?










Sedarlah wahai da'i,




cukuplah pengkhianatan kita lakukan,




cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,




walau ku tahu da'i bersifat kemanusiaan,




terkadang sering melakukan kesilapan,




tapi jangan jadikan itu alasan,




untuk berterusan mengulangi kesalahan,




namun jadikannya satu sumber kekuatan,




menanam azam untuk mengambil pengajaran,




ayuh da'i sejati perlu kita buktikan!














2)pikirkanlah




Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan


Tutuplah 'auratmu sebelum'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?


Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat


Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'


Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan


Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan


Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat


Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'ala Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia


Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia .





PENGENALAN BLOG

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ,dan ke atas keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda                                         untuk pertama sekali dan selama-lamanya,sukalah ana untuk merafa'kan setinggi -tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala yg telah mengurniakan ana 2 nikmat,yakni sihat dan masa lapang untuk menjayakan penulisan blog ini..

sedikit pengenalan untuk penubuhan blog ini,Insya Allah blog ini pertama sekali dtubuhkan adalah bermatlamat bagi memberi manfaat kepada orang ramai  untuk djadikan rujukan dan sedikit sebanyak perkongsian ilmu yg meliputi bidang fiqh,aqidah,sirah nabawiyyah,dan bab tasawwuf(ilmu akhlak)..moga2 blog ini memberikan sedikit sebanyak info dan ilmu yg bermanfaat untuk mendekatkan kita kepada Allah Taala Jalla Wa'ala........artikel yang dimasukkan ke dalam blog ini juga ada yang ditulis sendiri,serta pos dari mana2 blog   atau facebook  yg lain yg drasakan sangat bermanfaat untuk dikongsikan bersama 
dan saya mohon jasa baik semua agar tidak segan untuk menegur kesilapan diri yg menulis ini sekiranya terdapat percanggahan yg seleweng untuk maslahat bersama n bolehlah bertanyakan sedikit sebanyak  soalan yg Insya Allah saya akan cuba bantu mgikut kemampuan...apa -apa pun segala yang baik itu datangnya dripada Allah Taala dan yang buruk itu datangnya  daripada kelemahan diri saya sendiri
Barakallahufiina wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......
Salam Ukhwah semua... ^_^