Pages

Sunday 16 December 2012





wasiat Imam Syafie



Hak Kepada Diri

Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.





2. Hak Kepada Malaikat Maut

Mengqada' kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah





3. Hak Kepada Kubur

Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan sembahyang Tahajud, dan membantu orang yang dizalimi





4. Hak Kepada Munkar Dan Nankir

Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati





5. Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Akhirat)

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan





6. Hak Kepada Sirat (Titian yang merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)

Membuag tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah





7. Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)

Menangis lantaran takutkan Allah S.W.T., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak





8. Hak Kepada Ridhwan (Penjaga Syurga)

Merasa redha dengan qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur di atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat





9. Hak Kepada Nabi Muhammad S.A.W

Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah





10. Hak Kepada Allah S.W.T

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

KISAH IMAM JUNAID &RABIATUL ADAWIYYAH



Yang dimuliakan Ustaz Zainul Asri pernah menceritakan dua kisah smasamembicarakan tentang buku 50 Akhlak Salafunassoleh yg Insya Allah bleh kita jadikan iktibar,kata Ustaz Zainul Asri :"suatu hari ,Rabiatul Adawiyyah keluar dari rmahnya ,ketika dalam perjalanan ,dia melihat ada orang sedang bakar ayam..Rabiatul pn berhenti seketika ..Akhirnya ,Rabiatul Adawiyyah menangis ..maka org yg memb


akar ayam pn bertanya knapa menangis,maka Rabiatul Adawiyyah menjawab..ayam ni dibakar pd ketika mereka telah mati ,ttapi sedangkan manusia di akhirat nanti dmasukkan ke dalam neraka pd ketika mereka masih hidup....




satu lagi kisah ialah tentang Imam Junaid kalu x clap,iaitu ktika beliau keluar,salji sdang turun...apbila beliau x mampu dh nak berjalan maka beliau berhenti duduk sambil melihat salji turun..akhirnya beliau menangis sampai ke pagi..apabila orang tanya kenapa Imam Junaid mnangis??maka Imam Junaid menjawab"aku teringat macam ni lah bentuknya berterbangan buku amalan pd hari akhirat esok"..itulah golongan yg mengambil iktibar ..smua diambil iktibar..apabila jalan ja selangkah ambil iktibar..."




kesimpulan daripad kata2 ustaz td dpat kita faham bahawa setiap benda yg berlaku di dunia ni ad iktibarnya,sperti yg berlaku kpd Rabiatul Adawiyyah dan Imam Junaid,scara x langsung kita bleh muhasabah diri kita ke arah mendekatkan diri kepada Allah Taala sbb kita(hamba Allah)xkan pernah lari drpd membuat dosa...mungkin dgn sbb kita menangis kat dunia kerana takutkan Allah mampu memadamkan Api neraka yg hampir membakar kita ats dosa yg kita lakukan..Insya Allah ,stiap usaha kita untuk mencari redhaNya akan mendapat ganjaran daripada Allah Taala..Ihfadzillah Yahfadzka....^_^