APA ITU HAKIKAT MURAQABAH ?
Muraqabah (meneliti diri ) itu bermaksud menjaga kesopanan diri terhadap Allah Yang Maha Peneliti dan Maha Pengawas & menyerahkan segala maksudnya dan tujuannya kepada Allah Taala saja..
Orang yang meneliti dirinya dalam amalannya ada dua cara yakni:
1)Meneliti Amalan sebelum dimulakan ..
->Maksudnya,kita haruslah menumpukan perhatian dan gerak -gerinya terhadap sesuatu amalan,adakah ianya ditujukan kerana Allah Taala semata2 atau dicampuri kerana mengikut kemahuan nafsu atau syaitan??
->sebaik2nya kita berfikir sejenak untuk menetapkan hati agar ianya berada di atas kebenaran ,kalau dah jelas ianya kerana Allah Taala ,maka teruskanlah amalan tersebut...TAPI ,kalau amalan tersebut adalah sebaliknya,maka kita harus malu dengan Allah Taala dan segera berenti melakukannya sebab ianya merupakan musuh bagi kita kerana membawa bahaya...
2)MENELITI AMALAN KETIKA MELAKSANAKANNYA
->Jika amalan tersebut merupakan ketaatan ,maka jalankanlah dengan penuh ikhlas dan telus dan menjaga adabya agar tidak rosak..
->JikA amalan tersebut berupa maksiat,maka ,maka telitilah ianya dengan taubat disertai dengan perasaan kesal dan malu serta kesyughulan memikirkan dosa tersebut .
->JikA amalan tersebut berupa perkara mubah ,yakni harus dalam agama,,maka jagalah tata tertib dalam melakukannya ..
Wallahua'lam ,moga2 kita dapat muhasabah diri kita dalam melakukan amalan kepada Allah Taala kerana setiap amalan haruslah dilihat niatnya supaya amalan yang baik tidak rosak akibat niat yg tidak betul...
SUmBeR:BImBinGan MUkmin