Pages

Monday 17 December 2012

AQIDAH

1)PENGENALAN TENTANG  AHLI SUNNAH WAL JEMAAH

       Salam semua,hari ni ana nak kongsikan sedikit sebanyak tentang soalan yang pernah ana baca dalm buku "Persoalan Islam Yang kontemporari"karangan dr.Danial  berkenaan dgan ahli sunnah wal jemmah ..benarkah Abu Hassan Al -Asy'ari dan Abu Mansur Al-maturidi adalah pengasa s Ahli sunnah wal jemaah  kerana jika mereka mereka pengasasnya,bagaimana kedudukan iktikad orang 2 terdahulu sebelum mereka kerana mereka (kedua2 imam) ni dilahirkan pd abad ke 3 hijrah...


       Sebenarnya ,kalimat ahli sunnah diambil daripada hadis yang bermaksud"Kamu perlu berpegang kpd sunnahku dan sunnah khulafa' ar-rasyidin  yang berada di atas petunjuk" hadis ni  bertaraf hasan sahih dan direkodkan oleh Abu Daud dan At-Tirmizi.Kata As-Siba'ii."As-sunnah bermaksud rekodyang datang daripada nabi sama ada berbentuk perkataan,perbuatan,pengakuan ,kejadian,akhlak,ataupun sirah yang berlaku sebelum atau selepas nabi diangkat menjadi rasul"..antum bleh rujuk dalam Sunnah Wamakanatuha Fit Tasyri' Al-Islam....Al-jemaah ,ia adalah golongan yang berada di atas landasan kebenaran ....

          Abu Hassan Al-Asy'ari dilahirkan di bandar Basrah ..Beliau pada asalnya adalah penganut aliran mu'tazilah yang menjadi ank murid kpdAbu Ali Al-Jubai(tokoh mu'tazilah pd masa tu)...Beliau kemudiannya berperanan membetulkan i'tikad masyarakat yg dibawa oleh beberapa golongan seperti Mu'tazilah,qadariah,jabariyah n mujassimah ..

1)Mu'tazilah mengatakan Tuhan itu x mempunyai sifat & Al-Quran tu makhluk.

2)Qadariyah mngatakan perbuatan manusia itudilakukan oleh manusia sendiri,tanpa ada sangkut paut dgn Tuhan n Tuhan pon tak tau apa yg akan dibuat oleh manusia..

3)Jabariyah mengatakan semua yang terjadi adalah daripada Tuhan ,manusia x ada daya,usaha n ikhtiar..

4)Mujassimah menyerupakan Tuhan dengan makhluk n perkara yg seumpama dengannya..


              Begitu juga dengan Abu Mansur Al-Maturidi ,beliau lahir di kampung Maturid di samarqand..Perjuangan mereka berdua hampir sama,mereka begitu gigih dalam mempertahankan i'tikad ahli sunnah wal jemaah..Imam Al-Ghazali  berkata"apabila disebut golongan ahli sunnah wal jemaah,maksudnya ialah golongan yang mengikut mengikut landasan kefahaman yang dibawa oleh Abu Hassan Al-asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi"...

         Apa2 pon,berpeganglah dengan Ahli Sunnah Wal Jemaah ,kerana kita sudah berada dlm iktikad yang betul ....hiraukanlah mazhab 2 lain seperti,syiah terutamanya kerana kalu kita lihat kesesatannya amatlah nyata  .kalu nak hurai kat sini agak panjang tp Insha Allah kalau berkesempatan ana akan ceritakan .ustaz ana pernah kata kat ana,"sebab apa kita nak keluaq dari pegangan ahli sunnah wal jemaah ..kalau kita nak keluaq  jugak bagi sebab yang kukuh untuk kita nak keluaq"maksud yang ana faham melalui kalam ustaz ana ialah, kita sudah berpegang kpd I'tikad yang benar dah,so tak payah nak pening2  untuk cari satu i'tikad lain untuk kita pegang ...