Pages

Saturday 15 December 2012

FIQH IBADAH

1)solat jemaah



-Mengikut pandangan mazhab Syafie,hukum solat jemmah adalah Fardhu kifayah bagi semua kaum adam yg mampu,yakni bermaksud apabila sekumpulan org melakukannya , maka gugurlah kewajipan tersebut..Sabda Rasulullah S.A.W mafhumnya
"Tidak ada tiga orang lelaki dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan solat berjemaah melainkan mereka mudah dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara')oleh itu hendaklah engkau menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah engkau akan terselamat darripada bahaya syaitan)"Riwayat Ahmad


-Kalau kita lihat pada pendapat mazhab Maliki Dan Hanafi pula ,mereka mengatakan hukumya adalah sunat muakkad kerana terdapat hadis yg mengatakan solat berjemaah adalah sunnatul huda(sunnah petunjuk)..“Dari Ibnu Mas’ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)


-yang akhir sekali ialah pendapat dalam mazhab hambali hukumnya adalah fardhu ain berdasarkan salah satu daripada hadis Rasulullah mafhumnya
"Seberat-berat sembahyang atas para muniafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)...


Ini adalah sedikit pengetahuan mengenai pandangan 4 mazhab mengenai solat berjemaah yg kalu kita lihat sangat penting dan amat dititik beratkan oleh Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam..moga2 kita dapat melaksanakannya walaupun satu waktu dalam satu hari moga2 kita dapat beristiqamah melakukannya... :D





2)pandangan tentang masalah bersentuhan antara lelaki dan perempuan
-Dalam masalah bersentuhan antara lelaki dan perempuan ,terdapat khilaf ulama' yg berlaku diantara mazhab syafie,mazhab hanafi n mazhab hanbali...

-Menurut pendapat imam syafie,bersentuhan antara lelaki tanpa beralas dan walaupun tanpa nafsu syahwat terbatallah wudhu'..

-pandangan imam abu hanifah pula,bersentuhan antara lelaki dan perempuan semata2 ,tidaklah membatalkan wudhu kecuali jika melibatkan alat kemaluan yakni zakar dan faraj(persetubuhan)...

_akhir sekali,bagi pendapat imam malik n imam ahmad bin hanbal,bersentuhan antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu' kecuali apbila naiknya nafsu syahwat dengan erti kata lain terangsang ...

->Sebab berlakunya perselisihan pendapat antara mereka adalah berlakunya perbezaan dalam menafsirkan ayat Al-Quran yakni"Au laamastumunnisaa'"(atau kamu bersentuhan dengan permpuan)..

1)menurut mazhab Syafie ,ianya bermaksud bersentuhan secara mutlak..

2)menurut pendapat imam Malik dan imam Ahmad bin Hanbal pula,mereka mentafsirkannya dengan sentuhan yang disertai syahwat..

3)menurut tafsiran Imam Abu Hanifah,beliau mentafsirkan ayat ini mengikut pendapat Ibnu Abbas ya'ni maksud ayat terbut ialah jima'(persetubuhan)..

Kesimpulannya ,banyak khilaf yg berlaku dan kita tidak berhak nak kata yg ni betul ,yang ni tak betul kerana mereka sendiri mempunyai hujah n dalil yang kuat kenapa mereka mengatakan ini dan itu..."khilah di kalangan umatku adalah rahmat"...wallahua'lam :D











3)Perkara2 yang boleh merosakkan ibadat



Berhati-hatilah,.. Setiap perkara itu ada penyakitnya,.. begitu juga dengan ibadah,.. antara perkara yang merosakkan ibadah :

MURTAD
 iaitu keluar daripada agama Islam,..
SYIRIK  iaitu perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan atau iktiqad,.. Syirik terbahagi kepada 2 iaitu syirik jali (syirik jelas dan nyata) dan syirik khafi (syirik yang tersembunyi),..

MUNAFIQ iaitu mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya,..
TAKBURr iaitu membesarkan diri seperti sombong dan angkuh dengan segala nikmat kurniaan Allah s.w.t. dan segala kebaikan yang dimiliki,..
RIAKialah menunjuk-nunjuk amalan atau menunjukkan kelebihan diri sendiri kepada orang lain untuk mendapat perhatian, sanjungan, kedudukan, dan pujian,..
UJUB iaitu bangga diri atau kagum dengan amalan dan kelebihan sendiri, sombong dalam beribadah, dan memperlekehkan amalan orang lain,..

SUM;AH iaitu menceritakan atau melakukan sesuatu untuk diperdengarkan kepada orang lain untuk mendapatkan perhatian, sanjungan, kedudukan, dan pujian,..
Mengungkit-ungkit iaitu membangkitkan kenangan peristiwa dan perbuatan baik yang lalu yang telah diberikan supaya jasanya diingati,..

HASAD DENGKIi iaitu iri hati dengan nikmat yang diperolehi orang lain dan berusaha agar nikmat dan kelebihan itu hilang daripada orang yang mempunyainya dengan cara yang salah,..












No comments:

Post a Comment