Pages

Tuesday 8 January 2013

HAKIKAT MURAQABAH

 Assalamualaikum semua,Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberikan kita nikmat iman dan Islam moga2 kita dapat manfaatkannya dengan sebaik2nya dalam menegakkan syariat Allah Taala..

   APA ITU HAKIKAT MURAQABAH ?

 Muraqabah (meneliti diri ) itu bermaksud menjaga kesopanan diri terhadap Allah Yang Maha Peneliti dan Maha Pengawas   &  menyerahkan  segala  maksudnya dan tujuannya  kepada  Allah  Taala  saja..

     Orang yang meneliti dirinya dalam amalannya ada dua cara  yakni:

1)Meneliti Amalan sebelum dimulakan ..

->Maksudnya,kita haruslah menumpukan perhatian dan gerak -gerinya terhadap sesuatu amalan,adakah ianya ditujukan  kerana Allah Taala semata2   atau  dicampuri  kerana mengikut kemahuan nafsu atau  syaitan??

->sebaik2nya kita berfikir sejenak untuk menetapkan hati agar  ianya berada di atas kebenaran ,kalau dah jelas ianya kerana Allah Taala ,maka teruskanlah amalan tersebut...TAPI ,kalau amalan tersebut  adalah sebaliknya,maka kita harus malu dengan Allah Taala dan segera berenti melakukannya sebab ianya merupakan musuh bagi kita  kerana membawa bahaya...


2)MENELITI AMALAN KETIKA MELAKSANAKANNYA

->Jika amalan  tersebut  merupakan ketaatan ,maka jalankanlah dengan penuh ikhlas dan  telus  dan menjaga  adabya  agar  tidak  rosak..

->JikA  amalan  tersebut  berupa maksiat,maka  ,maka telitilah ianya dengan taubat  disertai  dengan  perasaan  kesal  dan  malu  serta kesyughulan  memikirkan  dosa  tersebut  .

->JikA amalan  tersebut  berupa perkara mubah ,yakni harus  dalam  agama,,maka  jagalah  tata  tertib  dalam  melakukannya  ..

Wallahua'lam  ,moga2 kita dapat  muhasabah  diri  kita    dalam  melakukan  amalan  kepada  Allah Taala  kerana   setiap  amalan haruslah dilihat  niatnya supaya   amalan yang  baik  tidak  rosak  akibat niat yg  tidak  betul...

SUmBeR:BImBinGan MUkmin

No comments:

Post a Comment